Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    NZ alu-alukan kembali kapal pelayaran pertama

    WELLINGTON, 12 OGOS – New Zealand hari ini mengalu-alukan kapal pelayaran pertama untuk kembali sejak pandemik koronavirus bermula, menandakan keadaan kembali normal bagi industri pelancongan negara itu.

    New Zealand menutup sempadannya pada awal 2020 ketika ia cuba menghapuskan COVID seluruhnya dan kemudian mengawal penularan.

    Meskipun negara itu membuka semula sempadannya untuk kebanyakan pelancong yang tiba melalui udara pada Mei, namun baru dua minggu lalu ia melonggarkan kesemua baki sekatan, termasuk pelancong yang tiba melalui maritim.

    Ramai dari industri perkapalan mempersoalkan mengapa sekatan dikenakan terlalu lama.

    Penamatan sekatan itu membolehkan kapal pelayaran Pacific Explorer milik Carnival Australia untuk berlabuh di Auckland dengan membawa kira-kira 2,000 orang penumpang dan kru hari ini sebagai sebahagian daripada lawatan selama 12 hari ke Fiji yang berlepas dari Sydney.

    “Sangat luar biasa,” kata Menteri Pelancongan, Stuart Nash semasa temu bual dengan The Associated Press. “Ia adalah satu lagi langkah dalam pembukaan semula sempadan dan selangkah untuk menyambung semula perniagaan seperti biasa.”

    Nash berkata ia akan mengambil masa untuk jumlah pelancong antarabangsa dan pendapatan untuk kembali ke paras sebelum pandemik, di mana industri itu mencatatkan kira-kira 20 peratus daripada pendapatan luar New Zealand dan lebih 5 peratus daripada KDNK negara.

    “Ramai yang berada di sektor pelancongan yang berada dalam kesusahan sejak dua tahun kebelakangan,” kata Nash.

    “Tetapi kami sentiasa mengambil langkah di mana kami perlu memastikan langkah tindak balas kesihatan yang diambil adalah tepat. Jika tidak, kami pasti menanggung akibatnya.” – AP

    Kapal Pacific Explorer berlayar memasuki Pelabuhan Waitemata di Auckland, New Zealand, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...