Friday, December 8, 2023
24.5 C
Brunei

    -

    150 burung hering mati diracun

    JOHANNESBURG, 12 OGOS – Sekurang-kurangnya 150 burung hering spesies terancam mati diracun dalam kejadian berasingan di Botswana dan Afrika Selatan, kata penyokong pemuliharaan hari ini.

    Keracunan burung hering bukan kejadian luar biasa di kawasan selatan Afrika, di mana burung berkenaan menjadi sasaran pemburu disebabkan ia menarik perhatian kepada aktiviti haram mereka.

    Kepala burung juga digunakan dalam ubat tradisional, menurut kumpulan hidupan liar. Dalam kedua-dua kes, burung tersebut mati selepas memakan bangkai seekor kerbau, yang nampaknya telah dibubuh racun, menurut pengasas Vulpro Kerri Wolter. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Undang-undang pilihan raya Hong Kong baharu tipiskan kumpulan calon

    HONG KONG, 8 DIS - Salah seorang ahli majlis pro-demokrasi Hong Kong yang paling lama berkhidmat menganjurkan parti perpisahan dengan penduduknya pada akhir Disember....

    5 maut dalam kebakaran