Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    NZ beri wang tunai tangani kos sara hidup

    WELLINGTON, 19 MEI – New Zealand hari ini mendedahkan mengenai bajet perbelanjaan besar termasuk pemberian wang tunai untuk menangani kos sara hidup yang meningkat.

    Perdana Menteri Jacinda Ardern berkata dia berhasrat untuk membuat negara itu ‘sedia dan terjamin’ untuk menangani impak cabaran kewangan global.

    “Bajet mengurangkan impak inflasi global dalam kalangan keluarga. Ketika kita tahu kesukaran semasa itu akan berlalu, ia adalah penting kita buat apa yang kita boleh untuk mengurangkan kesannya sekarang,” kata Ardern kepada parlimen dalam menerusi video dari rumahnya di mana dia sedang berpulih dari COVID.

    “Sekarang kita sedang melabur untuk memastikan kita bersedia dan menjamin apa yang berlaku pada masa hadapan. Sama ada impak perubahan iklim atau tekanan meningkat ke atas perkhidmatan kesihatan, sekarang bukan masanya untuk leka,” katanya.

    Sebagai tambahan bagi diskaun minyak untuk semua, pekerja berpendapatan rendah dan pertengahan akan mendapat tambahan NZ$27 (AS$17) seminggu selama tiga bulan, sementara kerajaan juga merancang untuk membelanjakan bilion dolar terhadap sistem kesihatan dan krisis iklim.

    Harga pakej kos sara hidup bernilai sekitar NZ$1 bilion.

    NZ$11.1 bilion lagi akan diperuntukkan bagi sektor kesihatan. Bajet termasuk hampir NZ$3 bilion dalam inisiatif perubahan iklim yang diumumkan sebelumnya dalam minggu ini, menawarkan insentif tunai kepada pemandu untuk menukar beli kereta menggunakan minyak petrol mereka dengan kenderaan elektrik atau hibrid.

    “COVID, perubahan iklim dan perang di Ukraine telah mengajar kita perlu untuk membina ekonomi yang lebih terjamin bagi melindungi penduduk New Zealand daripada kejutan luar yang kita tahu akan berlaku,” kata Ardern.

    “Asas dan trajektori ekonomi kita sangat kukuh namun kita mempunyai krisis sara hidup yang bakal dihadapi.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...