Tuesday, December 31, 2024
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Oculus berdepan pelanggaran hak cipta

    SAN FRANCISCO, 2 Feb – Anak syarikat realiti maya Facebook dan dua pengasasnya berdepan realiti selepas hakim menjatuhkan hukuman denda AS$500 juta atas kesalahan melanggar hak harta intelektual pembuat permainan video ZeniMax Media.

    Keputusan itu dicapai semalam di mahkamah federal Dallas mewakili kira-kira satu perempat daripada AS$2 bilion yang Facebook bayar dua tahun lalu untuk membeli Oculus, pemaju kelengkapan dan perisian realiti maya.

    Pihak hakim membuat kesimpulan bahawa Oculus dan pengasas bersama Palmer Luckey dan Brendan Iribe mencabuli hak cipta dan tanda dangangan ZeniMax Media apabila mereka menghasilkan produk mereka. Oculus berikrar untuk membuat rayuan terhadap keputusan itu.

    Meskipun ZeniMax bukan nama yang kuat dalam industri, syarikat itu mempunyai kaitan yang kuat dan terkenal. Ahli lembaganya termasuk adik Presiden Donald Trump, Robert; Ketua Pegawai Eksekutif CBS Corporation, Leslie Moonves; pemain bola lisut legenda, Robert A.Altman yang mengahwini Lynda Carter yang memainkan watak Wonder Woman dalam siri TV 1970.

    “Sementara kami kesal kami perlu membawa ke pengadilan dalam usaha untuk mempertahankan hak kami, ia adalah perlu untuk mengambil pendirian terhadap syarikat-syarikat yang melibatkan diri dalam aktiviti menyalahi undang-undang dalam keinginan mereka untuk mengawal teknologi baru dan berharga,” menurut ZeniMax dalam satu keterangan.

    Oculus berdepan tuntutan mahkamah atas kesalahan melanggar hak harta intelektual ZeniMax Media. - AFP
    Oculus berdepan tuntutan mahkamah atas kesalahan melanggar hak harta intelektual ZeniMax Media. – AFP

    Tuntutan mahkamah ZeniMax sebelum ini tidak begitu mendapat perhatian. Namun kes itu menjadi profil tinggi bulan lepas apabila Ketua pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberga, salah seorang lelaki terkaya dunia datang untuk memberi keterangan.

    Ketika penampilannya, Zuckerberg menafikan Oculus telah mencuri sebarang teknologi dari ZeniMax dan mendedahkan bahawa membeli Oculus membuatkan Facebook membelanjakan lebih daripada harga awal pengambilalihan sebanyak AS$2 bilion. Dia berkata Facebook juga bersetuju untuk membayar AS$1 bilion untuk mengekalkan dan memberikan motivasi kepada pekerja-pekerja Oculus.

    Kes ZeniMax boleh sahaja meningkatkan kos pengambilalihan Oculus. Oculus kini di hujung tanduk bagi kerosakan sebanyak AS$300 juta. Iribe bertanggungjawab bagi AS$150 juta dan Luckey dibebani dengan AS$50 juta selebihnya. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda