Wednesday, February 5, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Omicron mungkin jadi varian dominan – EU

    STRASBOURG, PERANCIS, 15 DIS – Ketua Kesatuan Eropah (EU) Ursula Von der Leyen hari ini telah mengeluarkan amaran varian COVID-19, Omicron yang berkemungkinan menjadi dominan di Eropah bulan selanjutnya, tetapi mengatakan bahawa 27 buah negara blok mempunyai bekalan yang cukup untuk melawan pandemik itu.

    “Jika diperhatikan ia mengambil beberapa kes terbaharu untuk meningkatkan jumlahnya, nampaknya akan berganda dalam setiap dua atau tiga hari. Itu sangat besar. Kami diberitahu dalam pertengahan Januari, kita harus menjangkakan Omicron akan menjadi varian dominan yang baharu di Eropah,” kata Von der Leyen kepada ahli Parlimen Eropah, menunjuk kepada maklumat saintifik.

    “Tetapi sepanjang tahun lepas, kami telah bekerja keras dan telah mencapai banyak kejayaan, dan itulah sebabnya Eropah berada dalam kedudukan yang lebih baik sekarang untuk memerangi virus itu,” katanya.

    Von der Leyen menegaskan bahawa bekalan dos vaksin mencukupi untuk rakyat Eropah buat masa ini, ketika negara-negara EU berusaha untuk memberikan suntikan penggalak bagi memerangi varian Omicron yang semakin menular dengan pantas.

    “Sekarang ini, kami berada dalam kedudukan untuk menghasilkan 300 juta vaksin setiap bulan di Eropah,” katanya. – AFP

    Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula Von der Leyen menyampaikan ucapan semasa di Parlimen Eropah di Strasbourg, Perancis, 15 Disember 2021. Von der Leyen menegaskan bekalan dos vaksin mencukupi untuk rakyat Eropah. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda