Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Onana berasa tertekan beraksi

    YAMOUSSOUKRO, 19 JAN – Pemain Manchester United, Andre Onana, akan berasa tertekan untuk beraksi jika dia bermain untuk Cameroon menentang penyandang juara, Senegal, pada Piala Negara-negara Afrika (AFCON) hari ini, selepas tiba lewat pada kejohanan dan terlepas dalam permainan pembukaan mereka.

    “Saya bertanggungjawab,” kata Onana kepada penyiar Canal Plus selepas negaranya seri 1-1 dengan Guinea pada Isnin lalu.

    Pemain berusia 27 tahun itu terlepas kem latihan pra-kejohanan Indomitable Lions serta perlawanan pertama mereka di kejohanan itu, yang amat mengecewakan penyokong yang setia dengan pasukan Cameroon.

    “Tiada isu dia datang lewat. Semuanya baik-baik saja dalam skuad, tidak perlu risau dengan apa yang diperkatakan di media sosial. Tiada masalah,” tegas jurulatih Cameroon, Rigobert Song.

    Dia tidak memberi jaminan Onana akan memulakan permainan menentang Senegal, selepas Fabrice Ondoa dari pasukan peringkat ketiga Perancis, Nimes, bermain untuk juara Afrika lima kali menentang Guinea.

    Bagaimanapun, keistimewaan tiba lewat yang biasanya diberikan kepada penjaga gol pilihan utama telah menimbulkan sedikit kegusaran, menurut beberapa sumber yang rapat dengan pasukan.

    Onana dihantar pulang daripada skuad Cameroon pada kejohanan Piala Dunia 2022 di Qatar selepas bertengkar dengan jurulatih dan kemudian memutuskan untuk meninggalkan pasukan kebangsaan sepenuhnya.

    Namun pada bulan September, sejurus selepas berpindah dari Inter Milan ke Old Trafford, dia telah bertukar fikiran dan mengumumkan kepulangannya. – AFP

    Gambar fail menunjukkan Onana semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Nottingham Forest dan Manchester United di padang City di Nottingham, England, pada 30 Disember 2023. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...