Friday, September 20, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Op Global: Polis tahan 19 individu termasuk CEO GISBH dan isteri

    KUALA LUMPUR, 19 SEPT – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menahan Ketua Pegawai Eksekutif Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) serta isteri dan beberapa pemimpin syarikat itu, antaranya anak bekas pengasas Al-Arqam menerusi Op Global, awal pagi tadi.

    Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata hasil koordinasi operasi bersama Bahagian D8 Bukit Aman, Pasukan Khas Siasatan Bersepadu daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) D14 Bukit Aman telah membuat pemeriksaan serentak di empat unit kediaman di Tower A, Berjaya Times Square 1, Jalan Imbi, Bukit Bintang di sini pada jam 5:40 pagi.

    “Hasil pemeriksaan telah menahan sebanyak 19 orang terdiri daripada 12 lelaki dan tujuh perempuan berumur dalam lingkungan 25 hingga 65 tahun,” katanya ketika dihubungi hari ini.

    Beliau berkata soal siasat awal serta proses dokumentasi masih dijalankan dan permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor petang ini.

    Sementara itu, Razarudin berkata lima individu termasuk anak Ketua Pegawai Eksekutif GISBH yang ditahan di Bukit Kayu Hitam, Kedah semalam direman tujuh hari bermula hari ini untuk membantu siasatan.

    “Permohonan reman terhadap kesemua suspek berumur 30 hingga 41 tahun itu dibuat di Mahkamah Majistret Shah Alam,” katanya. – Bernama

    Seramai 19 individu, termasuk CEO GISBH dan isteri, dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam untuk mendapatkan perintah reman selama tujuh hari, bermula hari ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda