Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Operasi MCBA di Sibu hasilkan rampasan kontraban RM4 juta

    SIBU, 17 MEI – Polis merampas pelbagai barangan kontraban dalam operasi yang diselaraskan oleh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (MCBA) di Sibu dari 14 Mei hingga 16 Mei.

    Menurut kenyataan MCBA hari ini, sejumlah besar rampasan termasuk daging sejuk beku, bir, rokok dan beras putih yang keseluruhannya dianggarkan berjumlah RM4 juta.

    MCBA menyifatkan rampasan itu kejayaan besar dalam usaha mengekang aktiviti penyeludupan di negara ini.

    “Operasi ini melibatkan kerjasama pelbagai agensi penguatkuasaan termasuk Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak dan Cawangan Kawal Selia Padi dan Beras Sibu,” menurut kenyataan itu.

    MCBA bersama-sama agensi penguatkuasaan yang lain komited terus bekerjasama dalam usaha membanteras penyeludupan dan melindungi keselamatan sempadan negara.

    “Kerjasama erat antara agensi-agensi ini telah memainkan peranan penting dalam kejayaan operasi ini,” menurut kenyataan itu.

    MCBA yang memulakan operasi atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Mei lepas untuk menangani isu ketirisan di pintu masuk negara dan juga sebahagian daripada usaha berterusan membanteras aktiviti penyeludupan serta melindungi keselamatan negara. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...