Saturday, May 18, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Rumah terbuka PKWE meriah

    Oleh Lyna Mohamad – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 APRIL – Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya di premis persatuan itu di Lambak Kanan, baru-baru ini.

    Antara yang hadir ialah Setiausaha Tetap (Kesukanan) di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud; Setiausaha Tetap (Kebudayaan) di KKBS, Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan; dan Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan) di KKBS, Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah.

    Turut hadir, Pemangku Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Dayang Fauziah binti Haji Mohd Salleh; Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Hajah Haireni binti Haji Awang Damit, pegawai dan kakitangan Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan dan DBP.

    Majlis tersebut disambut dengan ceria dan gelak tawa serta mengalu-alukan mereka untuk menikmati juadah hari raya.

    Ahli PKWE bergambar ramai bersama tetamu yang hadir semasa majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN PKWE
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...