Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Ops Kabat tahan 12 warga asing

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 MEI – Seramai 12 warga asing telah ditahan atas beberapa kesalahan semasa Operasi Kabat 56/2024 yang dijalankan di beberapa buah rumah sewa di Mukim Kilanas dan Mukim Gadong B, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), semasa operasi itu, pemeriksaan telah dijalankan ke atas 16 warga asing dan 12 daripadanya telah dibawa ke Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang bagi siasatan lanjut.

    Sepuluh orang daripada mereka dipercayai melakukan kesalahan di bawah Bab 15(1), Akta Imigresen, Penggal 17 iaitu tinggal lebih masa di negara ini setelah pas imigresen mansuh.

    Manakala itu, dua orang daripadanya dipercayai melakukan kesalahan di bawah Peraturan 9(4), Peraturan Imigresen, Penggal 17 iaitu bekerja menggunakan pas lawatan.

    Ke arah penguatkuasaan, JIPK mengalu-alukan orang ramai bagi sama-sama memberikan maklumat berhubung pesalah imigresen dengan menghubungi hotline JIPK di talian 8734888 atau 8753888 (Bandar Seri Begawan) dan 8984111 (Kuala Belait).

    Pegawai penguat kuasa membuat pemeriksaan semasa Ops Kabat. – GAMBAR SERAHAN JIPK
    Salah seorang warga asing yang ditahan semasa Ops Kabat dijalankan. – GAMBAR SERAHAN JIPK

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...