Sunday, May 19, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Sambutan Hari Raya anjuran KOTIBA

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 MEI – Meskipun bulan Syawal hampir melabuhkan tirainya, kemeriahannya tetap dirasai dengan majlis-majlis sambutan Hari Raya seperti yang diadakan oleh Koperasi Persatuan TIBA (KOTIBA) dengan Tanggungan Berhad, baru-baru ini.

    Majlis itu telah menghimpunkan ahli-ahli lembaga KOTIBA, para pekerja stesen minyak KOTIBA dan ahli pemegang saham KOTIBA serta ahli keluarga.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pengerusi Lembaga Koperasi KOTIBA Sesi 2023/2024, Haji Matassan bin Haji Bungso.

    Pengerusi majlis, Haji Muhsin bin Haji Ahmad dalam ucapannya antara lain menyatakan bahawa majlis berkenaan adalah sebagai salah satu aktiviti KOTIBA dalam sama-sama meraikan bulan kemenangan bagi umat Islam sambil mengeratkan lagi tali persaudaraan dan silaturahim antara ahli KOTIBA khususnya dan bersama penduduk kampung yang bersaudara dan berjiran secara amnya.

    Majlis seterusnya menyaksikan penyampaian Anugerah Kelamaan Bekerja kepada seramai 13 orang pekerja stesen minyak yang telah berkhidmat antara tujuh hingga 23 tahun yang disampaikan oleh tetamu kehormat.

    Selain itu, majlis turut diserikan dengan cabutan nama-nama bertuah, kuiz rambang-rambang kuasi dan persembahan nyanyian daripada urus setia majlis, ahli lembaga dan ahli-ahli pemegang saham KOTIBA, di samping persembahan akustik daripada Kumpulan AKO dan gambus daripada Kumpulan Haji Darip dan Rakan-rakan yang terdiri daripada ahli-ahli pemegang saham KOTIBA dan penduduk kampung di bawah tadahan KOTIBA.

    ATAS & BAWAH : Suasana Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KOTIBA dengan Tanggungan Berhad. GAMBAR-GAMBAR SERAHAN KOTIBA
    GAMBAR SERAHAN KOTIBA

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...