Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Ops Kabat tahan 13 warga asing

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JAN – Seramai 13 warga asing telah ditahan dalam dua Operasi Kabat yang dijalankan Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), baru-baru ini.
     
    Operasi Kabat 13/2024 telah menyasarkan tiga lokasi di Daerah Brunei dan Muara termasuk sebuah rumah sewa di Mukim Berakas B di mana empat warga asing telah diperiksa dan tiga daripadanya dibawa ke Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang bagi siasatan lanjut.
     
    Dua warga asing berkenaan telah didapati gagal mengemukakan dokumen asal manakala seorang lagi dipercayai melakukan kesalahan di bawah Bab 15(1), Akta Imigresen, Penggal 17 iaitu tinggal lebih masa di negara ini setelah pas imigresennya mansuh.
     
    Lokasi kedua adalah rumah sewa di Mukim Berakas A di mana lima warga asing telah diperiksa dan ditahan dengan dua daripadanya gagal mengemukakan dokumen asal dan seorang lagi dipercayai melakukan kesalahan di bawah Bab 15(1), Akta Imigresen, Penggal 17.  
     
    Sementara itu, lokasi ketiga adalah tempat tinggal warga asing di Mukim Sengkurong di mana 11 warga asing telah diperiksa dan tujuh daripadanya ditahan bagi siasatan lanjut kerana gagal mengemukakan dokumen asal.
     
    Manakala itu, Operasi Kabat 14/2024 pula menyasarkan sebuah kedai runcit di Mukim Liang di mana tujuh warga asing telah diperiksa.
     
    Hasil pemeriksaan tersebut, seorang telah ditahan bagi siasatan lanjut kerana dipercayai melakukan kesalahan Bab 55 (a)(b)(c) Akta Imigresen, Penggal 17 iaitu gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah dan Peraturan 15(2), Peraturan Imigresen, Penggal 17 iaitu bekerja dengan majikan lain. 
     
    Pegawai penguat kuasa semasa menjalankan pemeriksaan. – GAMBAR SERAHAN JIPK
    Warganegara asing yang ditahan semasa operasi berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JIPK
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...