Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    OPS SAKAT: Tiga warga asing dihukum

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OKT – Tiga warga asing telah dijatuhi hukuman di mahkamah hasil Operasi SAKAT 144/2023 yang dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang (BPU), Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) atas beberapa kesalahan di bawah Akta Imigresen.

    Menurut JIPK, operasi tersebut menyasarkan empat buah rumah di Mukim Pengkalan Batu dan sebuah rumah di Mukim Sengkurong dengan operasi di Mukim Pengkalan Batu menyaksikan enam warga asing ditahan dan dibawa ke BPU bagi siasatan lanjut.

    Hasil siasatan berkenaan, tiga individu berkenaan telah disabitkan iaitu seorang perempuan warga Indonesia berusia 47 tahun, Hanipah yang dijatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda $1,000 sebagai gantian sebatan atas kesalahan Bab 15(1), Akta Imigresen, Penggal 17 iaitu tinggal lebih masa setelah pas imigresen mansuh. Jika gagal membayar denda, individu akan dikenakan hukuman penjara tambahan selama sebulan.

    Seorang lagi perempuan warga Indonesia berumur 39 tahun, Unun Rachmawati yang dijatuhi hukuman tiga bulan tambahan sebulan penjara kerana gagal membayar denda $1,000 sebagai gantian sebatan atas kesalahan sama.

    Manakala itu, Yudi Hartono, lelaki warga Indonesia berumur 37 tahun dikenakan denda $3,000 atas kesalahan melindungi pesalah imigresen mengikut Bab 55(1)(d), Akta Imigresen, Penggal 17.

    Dia gagal membayar denda berkenaan dan dikenakan penjara tiga bulan.

    Pendakwaan-pendakwaan dibuat di hadapan Majistret Eleyana binti DSP Haji Hairol Arni.
    Dalam pada itu, dalam dua operasi berasingan di Daerah Belait, seramai 19 warga asing telah ditahan, baru-baru ini.

    Semasa Operasi SAKAT 145/2023 yang telah dilaksanakan oleh BPU JIPK Kuala Belait di sebuah kedai menjual barang elektrik di Jalan Sungai Pandan, seorang warganegara asing telah diperiksa dan ditahan bagi siasatan lanjut kerana dipercayai melakukan kesalahan Peraturan 15(3) Peraturan Imigresen Penggal 17 iaitu menyalahi jawatan.

    Manakala itu, semasa Operasi SAKAT 146/2023 yang dijalankan oleh BPU JPK Bandar Seri Begawan dan Kuala Belait yang menyasarkan sebuah perusahaan di Mukim Seria, seramai 18 orang warganegara asing dipercayai menyalahi pas imigresen dan kesemua daripadanya telah ditahan bagi siasatan lanjut.

    Ke arah meningkatkan aktiviti penguatkuasaan undang-undang berkaitan warganegara asing di negara ini, JIPK mengalu-alukan orang ramai bagi sama-sama memberikan maklumat berhubung dengan pesalah imigresen dengan menghubungi Hotline JIPK di talian 8734888 dan 8753888 (Bandar Seri Begawan) atau 8984111 (Kuala Belait).

    Pegawai penguat kuasa JIPK menjalankan pemeriksaan di salah sebuah rumah semasa operasi baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN JIPK
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...