Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Ops sepadu catat pelbagai kesalahan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 FEB – Beberapa kesalahan telah didapati dalam operasi bersepadu yang dijalankan bersepadu ke atas premis perniagaan yang menyajikan makanan pada 11 Februari lalu.

    Operasi melibatkan Unit Sukatan dan Timbangan (SDT), Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan (IBE) dan Tabung Amanah Pekerja (TAP) di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta Bahagian Kawalan Makanan Halal (BKMH), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU).

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Unit SDT, operasi bersepadu itu adalah bagi menguatkuasakan beberapa akta dan peraturan termasuk Akta Sukatan dan Timbangan 1983 Penggal 151, Bab 23 Akta Amanah Pekerja (Penggal 167) dan Bab 26 Perintah Amanah Pencen Caruman Tambahan 2009, serta Bab 4 (1) dan Bab 10 (1) (a), Perintah Sijil Halal dan Label Halal (Pindaan) 2017.

    Hasil daripada operasi berkenaan, Unit SDT mendapati sebanyak 18 unit alat sukatan dan timbangan digunakan bagi tujuan perdagangan di mana tujuh unit daripadanya didapati melanggar Akta Sukatan dan Timbangan 1983 Penggal 151, Peraturan-peraturan (Penelitian) Ala-alat Sukatan dan Timbangan, 1994 iaitu menggunakan alat sukatan dan timbangan yang tidak berdaftar.

    Pihak syarikat telah dikeluarkan Notis Penyitaan dan dikehendaki hadir ke Pejabat Unit SDT dalam tempoh tujuh hari waktu bekerja dari tarikh notis dikeluarkan untuk memperbetulkan isu berkenaan. Kesemua alat berkenaan telah disita.

    Semasa operasi itu, TAP turut mendapati seramai 11 orang pekerja tempatan belum berdaftar dan pihak syarikat dikehendaki hadir ke Pejabat TAP dengan segera. Manakala, BKMH telah mengeluarkan dua notis ke atas dua buah premis perniagaan kerana didapati belum membuat permohonan Sijil Halal.

    Pihak penguat kuasa semasa sedang menjalankan tugas. – Gambar serahan Unit SDT

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...