Monday, May 6, 2024
22.8 C
Brunei

    -

    Ops Siaga kesan lima kesalahan

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 APRIL – Lima kesalahan di bawah Perintah Pekerjaan, 2009 telah didapati dilakukan oleh majikan semasa Operasi Siaga 84/2024 yang menyasarkan kegiatan pusat servis membaiki telefon bimbit di kawasan bangunan komersial Kampung Kiulap, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Jabatan Buruh, kesalahan-kesalahan yang didapati termasuk di bawah Bab 39 iaitu gagal membayar bayaran kerja lebih masa, Bab 65 melebihi jam bekerja yang telah ditetapkan, Bab 70 gagal memberikan cuti pada hari kelepasan awam yang diwartakan.

    Selain itu di bawah Bab 82 iaitu gagal menyediakan kelengkapan pertolongan cemas dan Bab 112(2) kesalahan melanggar syarat-syarat lesen pengambilan pekerja asing di mana pekerja asing berjawatan sebagai buruh kedai didapati melakukan pekerjaan juruwang dan jurujual.

    Bagi kesalahan melanggar Perintah Pekerjaan 2009, jika didapati, majikan boleh dikenakan denda kompaun tidak lebih daripada $1,000 bagi kesalahan-kesalahan tersebut, dan jika gagal membayar denda kompaun tersebut, majikan akan dihadapkan ke mahkamah.

    Sehubungan itu, Jabatan Buruh mengingatkan para majikan supaya sentiasa memantau hal ehwal kebajikan pekerja selaras dengan kehendak Perintah Pekerjaan, 2009 seperti penyediaan kontrak perkhidmatan secara bertulis dan pembayaran gaji tepat pada waktunya.

    Para majikan juga dinasihatkan untuk tidak menyalahgunakan Lesen Pekerja Asing dan melanggar akta di bawah Perintah Pekerjaan 2009.

    Untuk maklumat lebih lanjut orang ramai bolehlah berhubung dengan Jabatan Buruh di talian 2381848 (semasa waktu bekerja) atau 7298989 (di luar waktu bekerja).

    Pemeriksaan dijalankan di pusat servis membaiki telefon bimbit di Kampung Kiulap, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN JABATAN BURUH
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Remaja ‘radikal’, 16 tahun mati ditembak polis Australia

    SYDNEY, 5 MEI - Polis Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang bertindak ganas selepas menikam seorang lelaki dengan pisau...