Monday, May 6, 2024
22.8 C
Brunei

    -

    Dynamik Technologies terima anugerah berprestij

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 APRIL – Dynamik Technologies telah menerima anugerah berprestij Outsystems Partner of the Year bagi rantau Asia Pasifik (APAC) yang menggariskan pencapaian syarikat dalam menyampaikan penyelesaian digital yang inovatif dan memupuk komuniti pembangunan kod rendah yang berkembang maju.

    Ketua Pegawai Eksekutif Dynamik Technologies, Dayang Haslina Taib dipetik berkata, mereka amat berbesar hati untuk diiktiraf di rantau APAC di mana anugerah berkenaan membuktikan kerja keras dan dedikasi seluruh pasukan syarikat.

    “Ia mengukuhkan komitmen kami untuk menyediakan pelanggan kami dengan penyelesaian inovatif yang memacu nilai perniagaan sebenar, di samping memberikan impak positif dalam komuniti.

    “Kini lebih daripada sebelumnya, perniagaan perlu membangunkan aplikasi dan penyelesaian dengan mengambil kira fleksibiliti untuk berubah, mempercepatkan ke pasaran dan kebolehskalaan masa hadapan,” tegasnya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

    Menurutnya lagi, kerjasama kod rendah Dynamik – Outsystems berada pada kedudukan yang baik untuk membantu memahami objektif strategik utama, mengenal pasti peluang digital yang paling sesuai dengan keperluan organisasi, dan menilai serta melaksanakan teknologi sedemikian.

    Memanfaatkan lebih dua dekad pengalaman industri, Dynamik telah melabur secara aktif dalam membina pasukan penghantaran kod rendah dalaman yang berkemahiran tinggi dan berdedikasi serta telah membina aplikasi untuk pelanggan termasuk bukti konsep seperti aplikasi perancangan kewangan, donation pledge dan aplikasi insurans kereta.

    Dayang Haslina merakamkan detik bersama Dynamik Technologies setelah menerima anugerah berprestij APAC. – GAMBAR SERAHAN DYNAMIK TECHNOLOGIES

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemantau sekatan akan gagal – Duta PBB Korea Utara

    PYONGYANG, 5 MEI - Duta Korea Utara ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkata usaha untuk menubuhkan panel baharu bagi memantau sekatan terhadap negaranya akan...