Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Ops Tanjong: 19 ditahan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 FEB – Seramai 19 orang telah ditahan dalam operasi sepadu dinamakan Ops Tanjong yang dikendalikan oleh Daerah Polis Brunei dan Muara, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan disertai oleh Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) dan Biro Kawalan Narkotik (BKN), kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan PPDB, dalam operasi di sebuah rumah sewa di Kampung Tanjong Nangka berkenaan, JKED telah menahan 10 orang lelaki dan tiga orang perempuan serta merampas 10 paket rokok (94 batang), lapan botol minuman keras dan lima unit vape.

    Selain itu, 13 orang kena tuduh (OKT) juga telah diarahkan untuk melapor ke Unit Siasatan JKED bagi tindakan dan siasatan selanjutnya.

    Manakala pihak BKN telah menjalankan sebanyak 20 ujian saringan air kencing di tempat kejadian dan menahan empat orang lelaki dan dua orang wanita yang didapati positif.

    Pihak BKN juga menggeledah tiga buah kereta dan menjumpai tiga alat dipercayai untuk menghisap dadah.

    Kenyataan menegaskan, PPDB akan sentiasa membuat pemantauan dan risikan serta akan mengambil tindakan pada setiap kegiatan yang menyalahi undang-undang di negara ini.

    Sehubungan ituy, pihak polis juga menyarankan orang ramai agar dapat memberikan apa jua jenis maklumat dengan mengongsikan ke talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

    Pelbagai kesalahan didapati semasa operasi bersepadu Ops Tanjong di sebuah rumah sewa di Kampung Tanjong Nangka. – GAMBAR SERAHAN PPDB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...