Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Osaka tewas pusingan pertama

    ABU DHABI, 7 FEB – Kemunculan semula Naomi Osaka berdepan satu lagi halangan apabila beliau mengalami kekalahan 7-5, 6-0 kepada bekas pemain nombor tujuh dunia, Danielle Collins pada pusingan pertama Terbuka Abu Dhabi kelmarin.

    Osaka, 26, kembali bulan lalu selepas 15 bulan tidak menyertai jelajah, di mana dia melahirkan anak pertamanya Shai, tetapi beliau telah menerima beberapa perlawanan yang sukar dan telah tewas tiga daripada empat perlawanannya setakat ini.

    Walaupun set pembukaan yang sengit yang menyaksikan servis terbaik daripada kedua-dua pemain, Osaka bergelut dalam permainan servisnya pada set kedua dan gagal menukarkan sebarang peluang daripada enam peluang break point sekali gus tumbang kepada pemain Amerika itu dalam masa satu jam 23 minit.

    “Saya tahu dia baru bermain beberapa perlawanan dalam kemunculannya semula. Tetapi saya fikir dia bermain dengan baik,” kata Collins, yang kini berada di ranking ke-71 dunia.

    “Dia bermain dengan baik dalam set pertama dan servisnya sangat baik dan melakukan beberapa perkara yang sangat hebat di gelanggang. Saya yakin pada ketika ini dia ingin mendapatkan semula keyakinan dan lebih banyak perlawanan dan kembali ke rutin kejohanan. Dan perkara tersebut, adalah mencabar. Tetapi saya fikir dia bermain dengan baik secara keseluruhan.” – AFP

    Aksi Osaka membalas hantaran Collins semasa perlawanan perseorangan wanita di Abu Dhabi pada 6 Februari 2024. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...