Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Osimhen calon pilihan Pemain Terbaik Afrika 2022-2023

    JOHANNESBURG, 1 NOV – Bintang Nigeria, Victor Osimhen, terpilih sebagai salah seorang daripada 30 calon yang diumumkan hari ini bagi Anugerah Pemain Terbaik Afrika Lelaki 2022-2023.

    Penyerang prolifik Napoli itu adalah penjaring terbanyak dalam Serie A musim lalu dengan 26 gol dan pada kelayakan Piala Negara-Negara Afrika 2023 dengan 10 gol, termasuk empat gol dalam satu perlawanan.

    Bintang dari skuad Maghribi yang mencipta sejarah di Qatar Disember lalu dengan menjadi peserta separuh akhir Piala Dunia pertama dari Afrika turut dicalonkan.

    Mereka termasuk penjaga gol Yassine Bounou; pemain pertahanan, Achraf Hakimi; pemain tengah, Sofyan Amrabat; pemain sayap, Hakim Ziyech dan penyerang Youssef en Nesyri.

    Sadio Mane dari Senegal dan Mohamed Salah dari Mesir, kedua-duanya pemenang dua kali anugerah itu, juga telah dicalonkan.

    Walid Regragui, yang mengendalikan Maghribi hanya beberapa bulan sebelum Piala Dunia, adalah antara 10 calon yang tersenarai untuk anugerah jurulatih.

    Senarai Pemain Terbaik Kelab termasuk Fiston Mayele dari Republik Demokratik Congo, penjaring terbanyak bersama dalam Liga Juara-Juara CAF dan Piala Konfederasi CAF musim lalu. – AFP

    Osimhen ketika memanaskan badan sebelum perlawanan bola sepak Serie A Itali di Stadium Diego Armando Maradona pada 2 September. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...