Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Raja Charles III bakal hadiri COP28

    LONDON, 1 NOV – Raja Charles III akan menyampaikan ucapan pada pembukaan persidangan iklim COP28 di Emiriah Arab Bersatu (UAE), kata Istana Buckingham hari ini.

    Pencinta alam sekitar itu bercakap di COP26 di Scotland pada 2021 tetapi tidak menghadiri persidangan terakhir di Mesir, dilaporkan disebabkan bantahan oleh Perdana Menteri UK pada masa itu, Liz Truss.

    Dalam satu kenyataan, pihak istana berkata ketua negara Britain itu dijemput menghadiri majlis perasmian Sidang Kemuncak Tindakan Iklim Dunia oleh Presiden UAE, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan pada 1 Disember.

    Dalam ucapan pada hari ini di pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Nairobi, di mana beliau sedang mengadakan lawatan negara, Charles menyeru perpaduan antara negara-negara sebelum sidang COP28.

    “Jika dibiarkan, pemanasan global, kehilangan biodiversiti dan perubahan iklim adalah cabaran yang mengancam kita semua dan hanya boleh dihadapi oleh seluruh masyarakat yang bekerjasama dalam semangat tindakan, perkongsian dan komitmen,” katanya.

    Rundingan iklim yang diadakan di Dubai dari 30 November hingga 12 Disember akan menjadi perhimpunan ke-28 pemimpin dunia di bawah naungan PBB yang dikenali sebagai COPs, yang bermaksud Persidangan Parti. – AFP

    Raja Charles III (tengah) bersama dengan Setiausaha Rendah PBB, Zainab Hawa Bangura semasa lawatan ke Pejabat PBB di Nairobi, Kenya kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...