Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pakej p-hailing Rahmah, refleksi keprihatinan kerajaan

    KUCHING, 24 JAN – Pakej internet p-hailing Rahmah merupakan langkah prihatin kerajaan Malaysia yang ambil berat dengan keperluan dan kebajikan pekerja p-hailing di negara itu.

    Pemandu Grab, Desmond Sim, 57, berkata akses Internet adalah peralatan wajib bagi menjalankan pekerjaan mereka dan untuk melaksanakan tugasan itu, ia menuntut keperluan data yang besar setiap bulan.

    “Inisiatif ini bagus, kami perlukan jumlah data yang besar sebab hari-hari kena menggunakan peta dalam talian semasa bekerja.

    “Pelan Internet dulu bukan main mahal tapi kena juga melanggan sebab untuk kegunaan harian,” katanya yang mengambil penumpang di sekitar bandar raya Kuching.

    Semalam, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil melancarkan Pakej p-hailing Rahmah iaitu perkhidmatan Internet yang ditawarkan pada harga serendah RM33 dengan pelan data sekurang-kurangnya 40GB. Pakej berkenaan merupakan hasil kerjasama strategik antara syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi melibatkan CelcomDigi, Maxis, Umobile, TM (Unifi Mobile) dan YTL Communication (Yes G5).

    Seorang lagi pemandu Grab Mohd Sukardi Rahman, 24, berkata dia tidak teragak-agak untuk menukar pakej Internet dilanggannya sekarang berharga RM70 kepada pakej baharu diperkenalkan itu sebagai langkah penjimatan.

    George Alistair, 38, juga bersetuju bahawa pakej diperkenalkan kerajaan itu merupakan langkah penjimatan sesuai untuk golongan penunggang dan pemandu p-hailing memandangkan pendapatan bulanan mereka yang tidak menentu.

    “Kerajaan dah bagi, mestilah ambil peluang yang ada. Rugi kalau tidak ambil,” katanya kepada Bernama. Pemandu dan penunggang p-hailing kini boleh menikmati perkhidmatan Internet yang ditawarkan pada harga serendah RM33 dengan pelan data sekurang-kurangnya 40GB bermula 23 Januari hingga 23 April depan. – Bernama

    Fahmi Fadzil melakukan pelepasan penunggang p-hailing sempena Majlis Pelancaran Pakej P-Hailing Rahmah di pekarangan Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri pada 24 Januari. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...