Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Startup673 cipta peluang perniagaan

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JAN – Kolaborasi empat buah agensi kebangsaan yang terdiri daripada Shell LiveWIRE Brunei, Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB) melalui Darussalam Enterprise (DARe), Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI) dan Brunei Innovation Lab (BIL) menerusi inisiatif groundbreaking telah melancarkan Startup673 semasa berlangsungnya Brunei Startup Summit yang pertama di Hotel Antarabangsa Rizqun, The Mall Gadong, hari ini.

    Usaha kolaboratif yang disasarkan kepada para usahawan ini bertujuan untuk menyelaraskan semua inisiatif yang sedia ada daripada empat agensi berbeza menjadi satu program yang dipertingkatkan dan bersatu padu.

    Startup673 juga bertujuan untuk mempercepatkan pembangunan penyelesaian groundbreaking yang akan memberikan manfaat kepada keseluruhan ekosistem keusahawanan dan berfungsi sebagai tempat mencurahkan idea, di mana individu berbakat dari pelbagai latar belakang berkumpul untuk menangani cabaran dan mencipta peluang perniagaan dalam pelbagai industri dan sektor.

    Pada asasnya, Startup673 merupakan platform di mana inovasi bertemu dengan keusahawanan, memupuk persekitaran yang dinamik untuk idea inovatif berkembang menjadi perniagaan yang bergerak maju.

    Dengan pengenalan program Startup673, ia akan dijalankan melalui tiga fasa pendekatan iaitu Idea dan Inovasi; Pengesahan dan Prototaip; dan Pertumbuhan dan Pembangunan.

    Fasa pertama dijangka bermula dengan hackathon pada April 2024, bertujuan untuk memperkasakan individu daripada pelbagai latar belakang untuk menangani cabaran yang telah ditetapkan oleh industri. Hackathon ini direka untuk pemula meneroka kreativiti, meningkatkan kemahiran teknikal dan idea-idea inovatif yang merangkumi bengkel intensif selama seminggu, yang mana kedua-duanya bersifat teknikal dan bukan teknikal, berjalan serentak.

    Kemuncaknya ialah sesi culmination selama tiga hari di mana peserta bekerjasama untuk membangunkan bukti konsep dan produk berdaya maju minimum sebelum melontarkan kepada panel hakim.

    Peluang lain yang bakal diterima oleh usahawan dengan menjadi sebahagian daripada program Startup673 juga akan merangkumi rangkaian dalam ekosistem keusahawanan, dan peluang untuk berhubung dengan individu yang berfikiran sama, mentor dan bakal rakan usaha sama.

    Peserta dari Shell LiveWIRE Brunei, BEDB, AITI dan BIL bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN DARE
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...