Monday, May 6, 2024
22.8 C
Brunei

    -

    Pakistan, Iran sasar perdagangan empat kali ganda dalam tempoh lima tahun

    NEW DELHI, 23 APRIL – Pakistan dan Iran menyasarkan untuk mengembangkan perdagangan mereka empat kali ganda dalam tempoh lima tahun.

    Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif mengadakan perbincangan mengenai isu dua hala dan antarabangsa di Islamabad kelmarin, kata pejabat Shehbaz dalam satu kenyataan.

    “Kedua-dua pihak bersetuju untuk meningkatkan jumlah perdagangan dua hala kepada AS$10 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya.

    Perdagangan mereka bernilai lebih AS$2.5 bilion pada 2023, menurut laporan media Iran.

    Iran dan Pakistan juga bersetuju untuk sama-sama tangani cabaran keselamatan termasuk ancaman keganasan.

    Raisi dan Shehbaz mengutuk sekeras-kerasnya penggunaan kekerasan oleh pasukan pendudukan Israel di Gaza dan menuntut gencatan senjata segera dan tanpa syarat, menarik balik pengepungan dan penyaluran bekalan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Remaja ‘radikal’, 16 tahun mati ditembak polis Australia

    SYDNEY, 5 MEI - Polis Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang bertindak ganas selepas menikam seorang lelaki dengan pisau...