Monday, May 6, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Puluhan ribu warga Etiopia hilang tempat tinggal – PBB

    NAIROBI, 23 APRIL – Lebih 50,000 orang telah kehilangan tempat tinggal akibat pertempuran di kawasan yang menjadi pertikaian di utara Etiopia, kata Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), ketika masyarakat antarabangsa menyatakan kebimbangan mengenai keganasan yang melibatkan pejuang dari wilayah pesaing.

    “Situasi kemanusiaan amat teruk, dengan beribu-ribu wanita dan kanak-kanak memerlukan sokongan kemanusiaan untuk terus hidup,” kata PBB kelmarin, memetik pihak berkuasa tempatan di kawasan yang dipertikaikan, dituntut oleh Tigray dan Amhara.

    PBB telah mencatatkan bilangan orang yang dipindahkan akibat pertempuran bersenjata di Bandar Alamata dan Raya Alamata, Zata dan Ofla sejak hujung minggu telah melepasi 50,000 orang.

    Tentera Amhara menduduki Raya Alamata di selatan Tigray semasa perang dua tahun antara kerajaan Etiopia dan pihak berkuasa wilayah Tigrayan.

    Di bawah perjanjian damai antara kerajaan Perdana Menteri Abiy Ahmed, dan pihak berkuasa Tigrayan, pasukan Amhara akan berundur dari Raya Alamata selepas perjanjian itu ditandatangani di Pretoria pada November 2022.

    Kerajaan persekutuan mahupun pihak berkuasa Tigrayan tidak menjawab permintaan AFP untuk mendapatkan maklumat dan identiti pejuang terbabit masih tidak jelas.

    Adalah mustahil untuk mengesahkan keadaan di lapangan secara bebas kerana akses media ke utara Etiopia adalah amat terhad. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemberontak Kashmir disyaki bunuh koperal tentera udara India

    SRINAGAR, 5 MEI - Seorang anggota tentera udara India terbunuh dan empat lagi cedera apabila pemberontak disyaki menyerang hendap konvoi tentera di Kashmir yang...