Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Palestin rancang pohon keanggotaan penuh PBB – Duta

    WASHINGTON, 23 FEB – Palestin merancang untuk memohon keanggotaan penuh dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan mungkin meminta negara-negara anggota badan dunia itu menyokong kemasukannya, menurut Duta Palestin ke PBB pada Khamis.

    “Kami akan memperhebatkan perbincangan ini dan menggunakan pelbagai langkah, termasuk mengeluarkan kenyataan dan meminta tandatangan daripada negara-negara anggota yang menyokong kemasukan Palestin ke dalam PBB.

    “Kami merancang untuk meneruskan proses selanjutnya ke Majlis Keselamatan (PBB) dan mengemukakan resolusi dengan menggesa cadangan untuk menerima negara Palestin sebagai anggota PBB,” kata Riyad Mansour kepada wartawan di New York.

    Kenyataannya dibuat sehari selepas parlimen Israel, Knesset, mengundi 99-11 untuk menyokong keputusan kerajaan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu untuk menolak sebarang pengiktirafan sepihak terhadap negara Palestin.

    Mansour berkata Palestin akan mempercepatkan proses di Perhimpunan Agung PBB untuk menyeru masyarakat antarabangsa agar mengambil langkah praktikal untuk memaksa Israel menarik balik kepungannya ke atas Gaza.

    Negara Palestin telah diberikan status negara pemerhati di Perhimpunan Agung PBB pada tahun 2012, membolehkan utusannya mengambil bahagian dalam perdebatan dan organisasi PBB tetapi tanpa hak mengundi.

    Menurut Piagam PBB, negara-negara diterima sebagai anggota PBB melalui keputusan Perhimpunan Agung atas cadangan Majlis Keselamatan.

    Mansour menegaskan daripada mematuhi perintah sementara Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), Israel terus menafikan Palestin, termasuk haknya untuk melaksanakan penentuan nasib sendiri. – Bernama

    – Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...