Tuesday, April 30, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Palmer ledak empat gol benam Everton

    LONDON, 16 APRIL – Cole Palmer meledak empat gol untuk meletakkan Chelsea semakin hampir kepada kelompok enam teratas Liga Perdana Inggeris selepas kemenangan 6-0 ke atas Everton.

    Pemain England itu kini menyamai jumlah jaringan penyerang Manchester City, Erling Haaland di puncak senarai penjaring terbanyak liga pada 20 gol untuk bersaing merebut Kasut Emas Liga Perdana Inggeris.

    Palmer melengkapkan hatrik dalam tempoh 30 minit sebelum Nicolas Jackson menambah jaringan di akhir babak pertama.

    Bagaimanapun aksi cemerlang Palmer dibayangi insiden Jackson dan Noni Madueke dihalang daripada mengambil sepakan penalti untuk membolehkan Palmer menjaringkan gol keempatnya.

    “Kami tidak boleh berkelakuan seperti ini. Saya memberitahu mereka ini kali terakhir saya menerima kelakuan seperti ini,” kata Pochettino selepas kemenangan terbesarnya sebagai bos Chelsea setakat ini.

    Reaksi Cole Palmer selepas menjaringkan gol semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris di stadium Stamford Bridge di London pada 15 April. – AP

    Walaupun lapan perlawanan tanpa kalah dalam Liga Perdana, Chelsea kekal di tangga kesembilan tetapi kini hanya ketinggalan tiga mata di belakang Newcastle yang berada di tangga keenam dengan satu perlawanan dalam tangan.

    Dan mereka akan menuju ke separuh akhir Piala FA pada Sabtu menentang City dengan keyakinan bahawa mereka boleh menamatkan usaha penyandang juara dalam pencarian treble kedua berturut-turut.

    “Perkara paling penting sekarang adalah membina pasukan yang konsisten,” tambah Pochettino.

    “Kami tidak cukup konsisten. Kami perlu belajar dan belajar dengan cepat.”

    Kekalahan yang merugikan menyebabkan Everton masih berada dalam bahaya hanya dua mata di atas zon penyingkiran.

    Nottingham Forest bertandang ke Goodison Park dalam perlawanan penentuan besar mengelakkan penyingkiran pada Ahad dan anak buah Sean Dyche perlu meningkatkan prestasi mereka untuk melanjutkan tempoh 70 tahun mereka berada di puncak liga. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun nafi akan berundur atas kekalahan partinya dalam pilihan raya...

    TOKYO, 30 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata pada hari ini kekalahan besar parti pemerintahnya dalam pilihan raya kecil hujung minggu lalu...