Friday, May 3, 2024
30.3 C
Brunei

    -

    imagine meterai perjanjian tajaan Football Fiesta

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 APRIL – imagine (B) Sdn Bhd, hari ini, telah mengadakan majlis menandatangani penajaan untuk imagine Football Fiesta yang akan bermula pada hujung bulan ini.

    Majlis penandatanganan perjanjian perkongsian rasmi yang berlangsung di Dewan Serba Guna D’Sunlit itu menandakan permulaan ekstravaganza bola sepak yang dinanti-nantikan.

    Mewakili imagine pada majlis itu ialah Pengarah Bahagian Ekosistem Industri dan Perniagaan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Allen On selaku Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif imagine.

    Hadir sama pada majlis berkenaan ialah oleh Presiden FABD, Haji Feisal bin Haji Mohd Eusoff dan wakil daripada penaja-penaja rasmi majlis.

    Kemuncak imagine Football Fiesta adalah perlawanan pertunjukan yang menarik antara DPMM FC dan Legenda Liga Perdana Inggeris yang disegani, termasuk Emile Heskey, Luis Garcia dan Dimitar Berbatov.

    Perlawanan bola sepak itu akan berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah pada 30 April nanti.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

    TOKYO, 2 MEI - Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini,...