Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pan Gon puji prestasi cemerlang Harimau Malaya

    DOHA, 26 JAN – Ketua Jurulatih Kebangsaan Malaysia, Kim Pan Gon, memuji prestasi cemerlang Harimau Malaya kerana berjaya mencatat keputusan seri 3-3 menentang juara dua kali Korea Selatan dalam perlawanan terakhir Kumpulan E Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub, semalam.
     
    Pengendali kelahiran Korea Selatan berusia 54 tahun itu turut berterima kasih kepada kerajaan Malaysia, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), kelab dan penyokong tempatan atas sokongan tanpa syarat terhadap pasukannya.
     
    Pan Gon mengakui kesukaran untuk memotivasikan pemainnya menjelang perlawanan malam kelmarin menentang Taegeuk Warriors selepas gagal mara ke pusingan 16 terbaik.
    “Bagi kami, keputusan yang hebat. Ia adalah permainan hebat dan saya berterima kasih kepada semua pemain. Kami cuba memberitahu pemain kita berdepan pasukan gergasi Asia dengan kehadiran penjaring terbanyak liga perdana negara itu dan pemain pertahanan liga Bundesliga… jadi ia satu cabaran yang hebat.”
     
    “Saya sangat berbangga dengan pemain saya. Kami bergelut pada separuh masa pertama tetapi bangkit pada separuh masa kedua. Gol penyamaan pada penghujung adalah keputusan yang menakjubkan untuk kami. Korea adalah pasukan berkualiti tinggi, anda boleh melihat dari statistik penguasaan bola. Kami akan memperoleh banyak pengalaman daripada pertemuan ini,  katanya pada sidang media selepas perlawanan di sini.” – Bernama
    Pan Gon memantau pasukan kendaliannya di Stadium Al Janoub pada 25 Januari. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...