Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Panjat syukur puja usia

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 FEB – Sempena Memperingati Hari Ulang Tahun Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang ke-49, JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran, hari ini.

    Hadir pada majlis yang berlangsung di Masjid Ash-Shaliheen, Kompleks Bangunan JPM itu ialah Menteri di JPM, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

    Turut hadir ialah timbalan-timbalan menteri, para jemputan khas, pegawai dan kakitangan di JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin beramai-ramai yang diteruskan dengan bacaan Doa Kesyukuran yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Haji Mohammad Izzat Izzuddin bin Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Emran.

    Majlis diakhiri dengan solat Fardu Asar berjemaah.

    Yang Berhormat Menteri di JPM semasa menghadiri majlis tersebut di Masjid Ash-Shaliheen, Kompleks Bangunan JPM, kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...