Thursday, April 18, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Pantau dari akar umbi

    Pada minggu lalu terdapat satu pendapat menyentuh mengenai penggunaan pembungkusan styrafoam dalam kalangan peniaga-peniaga makanan di negara kita.

    Dalam surat pembaca bertajuk Pantau penggunaan pembungkus styrafoam oleh Hajah itu menjelaskan beliau mendapati pembungkus ini berleluasa digunakan oleh sesetengah peniaga di pasar Gadong dan seolah-olah tiada pemantauan daripada pihak relevan.

    Memang saya akui pandangan penulis memang benar dan memang satu kesalahan bagi para peniaga yang masih menggunakannya kerana bahaya dari segi kesihatan, namun penulis tidak perlu menuding jari hanya kepada para peniaga makanan.

    Ini kerana pembekal barangan tersebut tetap sahaja membawa ia masuk ke negara ini dan memberikan alternatif kepada peniaga berbanding pembungkusan lain yang mungkin agak mahal.

    Sehubungan itu, adalah lebih baik pihak relevan yang melakukan pemantauan dari akar umbinya dahulu terutamanya pihak yang membekalkan bahan-bahan pembungkus kepada para peniaga ini.

    Memang tidak dinafikan, pembungkus styrafoam lebih murah dan dapat menahan suhu makanan agar tetap hangat namun janganlah disalahkan sepenuhnya ke atas para peniaga makanan sahaja.

    Tidak dinafikan memang peniaga yang masih menggunakan pembungkus styrafoam ini sudah tahu akan bahayanya namun dengan kos perniagaan semakin meningkat, ia telah memaksa mereka untuk beralih menggunakannya bagi memastikan perniagaan mereka berdaya tahan.

    Peniaga

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    29 pemberontak ditembak polis

    NEW DELHI, 17 APRIL - Polis di India menembak sekurang-kurangnya 29 pemberontak Maois di Chhattisgarh kelmarin, menurut pihak berkuasa, tiga hari sebelum permulaan pilihan...