Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Parlimen Singapura luluskan SEPP

    SINGAPURA, 6 FEB – Parlimen Singapura meluluskan undang-undang kelmarin yang boleh memenjarakan pesalah seksual ‘serius’ dan penjenayah yang melakukan keganasan tanpa had tempoh.

    Hukuman untuk Perlindungan Awam Yang Dipertingkatkan (SEPP), bertujuan untuk mengekalkan banduan yang menunjukkan tanda-tanda mereka mungkin melakukan kesalahan semula di belakang penjara, walaupun selepas tempoh penjara mereka tamat.

    Undang-undang itu akan dilaksanakan kepada pesalah yang disabitkan dengan kesalahan keganasan atau seksual yang serius, seperti pembunuhan, rogol dan seks dengan kanak-kanak di bawah umur.

    Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Dalam Negeri, K. Shanmugam, memberitahu Parlimen bahawa ‘dengan SEPP, ia boleh menjadi sebagai kayu ukur pendekatan untuk melindungi masyarakat dengan lebih baik”.

    Singapura mempunyai undang-undang yang ketat walaupun untuk kesalahan kecil, seperti vandalisme, yang boleh dihukum dengan rotan.

    Ia mempunyai kadar pembunuhan hanya 0.2 bagi setiap 100,000 penduduk, menurut data Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, antara yang terendah di dunia. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...