Saturday, November 16, 2024
29.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Parti Buruh Britain dijangka menang pilihan raya

    LONDON, 5 JULAI – Parti Buruh Britain dijangka memperoleh majoriti besar di Dewan Rakyat, lapor Agensi Anadolu memetik tinjauan yang disediakan IPSOS UK kelmarin.

    Sesi pengundian itu berakhir pada 10 malam waktu tempatan dan pengiraan kertas undi akan berlangsung sepanjang malam.

    Keputusan rasmi akan diumumkan setelah pengiraan selesai di semua kawasan di England, Scotland, Wales dan Ireland Utara.

    Jutaan pengundi di seluruh United Kingdom telah melaksanakan tanggungjawab mereka untuk memilih 650 Ahli Parlimen (MP) di Dewan Rakyat.

    Parti Konservatif telah memerintah negara itu sejak 2010. – Bernama

    Sebuah peti undi dikosongkan di pusat pengiraan Richmond dan Northallerton di Northallerton, England, kelmarin ketika pilihan raya ditutup pada pilihan raya umum Britain. Pembangkang utama Britain Parti Buruh kelihatan bersedia untuk menang besar kali ini. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda