Monday, July 8, 2024
28.5 C
Brunei

    -

    Parti Buruh menang pilihan raya UK

    LONDON, 5 JULAI – Parti Buruh United Kingdom telah memenangi pilihan raya parlimen selepas mencapai 326 kerusi yang diperlukan untuk majoriti di Dewan Rakyat, lapor Agensi Anadolu.

    Parti itu memenangi 363 kerusi setelah 527 daripada 650 kawasan telah mengumumkan keputusan.

    Bercakap selepas kemenangan pada pagi Jumaat, ketua Parti Buruh, Keir Starmer berkata ‘perubahan bermula sekarang’.

    “Kita berjaya! Anda berkempen untuknya, anda berjuang untuknya, anda mengundi untuknya dan kini ia telah tiba. Perubahan bermula sekarang,” kata Starmer kepada ahli partinya.

    Hasil tinjauan sebelum ini mengunjurkan Parti Buruh memenangi 410 kerusi, Konservatif (131), Liberal Demokrat (61) dan Reform UK (13).

    Starmer akan menggantikan Rishi Sunak sebagai perdana menteri baharu berdasarkan keputusan ini.

    Sunak dijangka menyampaikan ucapan perpisahan di Downing Street pada pagi ini sebelum menghadap Raja Charles III secara rasmi untuk menyerahkan peletakan jawatannya sebagai perdana menteri.

    Jutaan pengundi di seluruh UK telah melaksanakan tanggungjawab mereka untuk memilih 650 Ahli Parlimen (MP) ke Dewan Rakyat.

    Parti Konservatif berhaluan kanan telah memerintah negara itu sejak 2010 selepas memenangi pilihan raya umum pada 2015, 2017 dan 2019. – Bernama

    Keir Starmer menyampaikan ucapan semasa perhimpunan kemenangan di Tate Modern di London pada 5 Julai 2024. Parti Buruh UK berjaya memenangi pilihan raya umum negara itu. – AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6 skala Richter landa Jepun

    KUALA LUMPUR, 8 JULAI - Satu gempa bumi kuat berukuran enam pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Bonin, Jepun pada jam 4.01 pagi tadi.  Jabatan Meteorologi Malaysia...