Tuesday, October 22, 2024
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Paul julang trofi Queen’s Club

    LONDON, 24 JUN – Tommy Paul mencatat namanya dalam senarai pemain tenis hebat Amerika Syarikat (AS) dengan memenangi gelaran Queen’s Club selepas menewaskan Lorenzo Musetti 6-1, 7-6 (10/8) pada perlawanan akhir kelmarin.

    Kemenangan tersebut memberikan gelaran jelajah ATP ketiga kepada pemain pilihan kelima AS itu dan merupakan kejayaan terbesar dalam kariernya selepas dia memenangi straight set dalam masa 88 minit di gelanggang di London.

    Paul menjadi pemain AS pertama yang memenangi kejohanan pemanas badan Wimbledon yang berprestij sejak Sam Querrey pada tahun 2010 ketika dia menyertai sekumpulan bekas juara AS di Queen’s Club, termasuk John McEnroe, Jimmy Connors dan Pete Sampras yang semuanya pernah memenangi Wimbledon.

    “Kemenangan ini sangat bermakna buat saya,” kata Paul, yang menyingkirkan pemain Britain, Jack Draper pada suku akhir.

    “Berjalan sepanjang bilik persalinan sambil melihat nama-nama yang tertera di dinding, memang sukar untuk dipercayai. Adalah menjadi matlamat saya untuk meletakkan nama saya di sebelah mereka.”

    Pemain nombor 13 dunia itu juga akan menggantikan rakan senegara, Taylor Fritz sebagai pemain nombor satu AS baharu, dengan Wimbledon bermula pada 1 Julai. – AFP

    Aksi Paul menentang Musetti semasa perlawanan akhir Queen’s Club di London pada 23 Jun. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda