Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    ‘PBB perlu halang latihan ketenteraan AS-Korea Selatan’

    SEOUL, 5 MAC – Kementerian luar Korea Utara menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) agar menuntut Seoul dan Washington untuk menghentikan latihan ketenteraan bersama mereka, lapor media kerajaan hari ini.

    Latihan dan retorik daripada sekutu telah mendorong ketegangan ke “tahap yang sangat berbahaya,” kata Naib Menteri Luar Negeri, Kim Son Gyong dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).

    “PBB dan masyarakat antarabangsa perlu mendesak AS dan Korea Selatan untuk menghentikan segera kenyataan provokasi dan latihan ketenteraan bersama mereka,” katanya.

    Kenyataan itu dibuat selepas pegawai dari Seoul dan Washington mengumumkan pada Jumaat tentang latihan ketenteraan berskala besar dari 13 hingga 23 Mac, selama lebih 10 hari.

    AS dan Korea Selatan berkata latihan itu adalah defensif, tetapi Pyongyang melihatnya sebagai latihan untuk pencerobohan.

    Seoul dan Washington turut mengadakan latihan gabungan udara dengan pengebom jarak jauh AS dan pesawat pejuang Korea Selatan pada Jumaat, yang terbaru dalam siri latihan bersama mereka dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

    ‘Tindakan tidak bertanggungjawab’ sekutu hanya akan membawa keadaan serantau ‘ke fasa yang sangat kritikal dan tidak terkawal’, kata Kim memberi amaran. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...