Tuesday, April 30, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Duta Republik Turkiye sahut seruan derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 APRIL – Dalam membantu menambah jumlah bekalan darah di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Kedutaan Republik Turkiye di sini telah menganjurkan kempen derma darah untuk warga kakitangan kedutaan berkenaan, baru-baru ini.

    Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Turkiye ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Profesor Dr Hamit Ersoy berkata, pihak kedutaan mengambil keputusan untuk mengadakan kempen berkenaan sebagai menyahut seruan untuk menderma darah di Pusat Derma Darah di hospital berkenaan.

    Tuan Yang Terutama menambah, pihak kedutaan mengadakan kempen seumpamanya setiap tahun sebagai tanggungjawab sosial dan memberi kembali kepada masyarakat sambil mengetengahkan dan meningkatkan kesedaran tentang kesihatan.

    TYT Profesor Dr Hamit Ersoy bergambar ramai semasa kempen derma darah tersebut. – GAMBAR SERAHAN KEDUTAAN REPUBLIK TURKIYE
    GAMBAR SERAHAN KEDUTAAN REPUBLIK TURKIYE

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun nafi akan berundur atas kekalahan partinya dalam pilihan raya...

    TOKYO, 30 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata pada hari ini kekalahan besar parti pemerintahnya dalam pilihan raya kecil hujung minggu lalu...