Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    PBSM kibar bendera, serah tauliah

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 FEB – Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Negara Brunei Darussalam tidak ketinggalan dalam mengadakan upacara menaikkan bendera sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-39, bertempat di Ibu Pejabat Kebangsaan, Pejabat Pos Bunut, hari ini.

    Majlis juga diteruskan dengan Majlis Penyampaian Surat Lantikan dan Tauliah Pangkat Ahli Lembaga Eksekutif Kebangsaan dan Platun Daerah bagi sesi 2023-2024.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Presiden PBSM, Pengiran Dato Paduka Haji Mohd Yussoff bin Pengiran Haji Bahar.

    Majlis telah dimulakan dengan upacara menaikkan bendera yang diadakan di luar ibu pejabat tersebut, di hadapan tetamu kehormat.

    Kemudian, majlis diteruskan di dalam ibu pejabat dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Peliharakan Sultan oleh belia PBSM, Awang Ahmad Syahmee bin Haji Ali Asgar.

    Setiausaha Agung PBSM, Haji Suhaimi bin Haji Ibrahim kemudiannya mempersilakan presiden persatuan tersebut untuk menyerahkan tauliah pangkat kepada para penerima.

    Majlis diteruskan lagi dengan bacaan ikrar yang diketuai oleh Awang Adib Zainul Zaky bin Haji Abdul Manaf.

    Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai dan seterusnya menikmati jamuan.

    Presiden PBSM bergambar ramai bersama para penerima tauliah pangkat, kelmarin.
    Upacara menaikkan bendera sempena Sambutan Hari Kebangsaan yang diadakan di luar Ibu Pejabat Kebangsaan, Pejabat Pos Bunut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...