Tuesday, August 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peguam pegawai kastam tarik diri

    Oleh Fadley Faisal –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JULAI – Seorang peguam telah menarik diri dalam kes melibatkan pegawai kastam atas dakwaan melakukan pecah amanah jenayah mencecah hampir $1 juta, hari ini.

    Penolong Penguasa Kastam, Suyati binti Haji Ahmad Besar telah menafikan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah oleh seorang penjawat awam.

    Peguam bela Iman Hanisah binti Dato Paduka Haji Hisham dari Tetuan Brahms Omar yang sebelum ini mewakili Suyati, telah melepaskan dirinya daripada mewakilinya.

    Hakim Mahkamah Perantaraan Radin Safiee bin Radin Mas Basiuni menangguhkan kes kepada 26 September, memberi laluan kepada defendan yang meminta masa untuk mendapatkan peguam baharu. Ikat jamin $10,000 defendan, atau dengan dua penjamin tempatan dilanjutkan.

    Pertuduhan pendakwa Shamshuddin bin Haji Kamaluddin yang digubal berdasarkan siasatan Biro Mencegah Rasuah mendakwa Suyati, semasa beliau bertugas di Unit Kewangan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) sebagai ketua kewangan, telah menyalahgunakan wang tunai $982,349.12, bayaran lebih masa, perbatuan dan tuntutan elaun syif yang dibuat oleh pegawai-pegawai JKED.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    -