Friday, May 3, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Pelajar cemerlang SOAS terima anugerah

    Oleh Sim Y.H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 APRIL – Para pelajar Maktab Sultan Omar ‘Ali Saifuddien (SOAS) yang mempamerkan pencapaian akademik cemerlang telah diraikan dan menerima anugerah dalam Majlis Penyampaian Anugerah Akademik Maktab SOAS dalam Peperiksaan BC GCE O / IGCSE Level 2023, SPA, BTEC, Pre VOC yang berlangsung di Auditorium Maktab SOAS, hari ini.

    Hadir untuk menyempurnakan penyampaian anugerah kepada para penerima yang diraikan ialah Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Awang Julaihi bin Mohamad.

    Turut hadir ialah Pengetua Maktab SOAS, Awang Mohamed Santra bin Haji Bolhasan; Timbalan Pengetua Akademik Maktab SOAS, Awang Mohd Zulhisham Shah bin Haji Napiah; Timbalan Pengetua Pentadbiran Maktab SOAS, Dayang Norliza binti Suhailee, para penuntut, ibu bapa dan penjaga penuntut, guru-guru serta ahli-ahli jawatankuasa majlis.

    Pengerusi majlis, Awang Mohd Azri bin Haji Sulaiman dalam ucapan alu-aluannya menyatakan, majlis anugerah akademik itu merupakan majlis khas untuk meraikan pelajar-pelajar yang mengecap kecemerlangan dalam bidang akademik.

    Ia juga bermatlamat untuk memberikan dorongan dan motivasi kepada mereka supaya terus berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam bidang pelajaran dan program-program yang berkaitan.

    Beliau turut menyatakan bahawa peng-anugerahan seumpama itu bukan sahaja untuk memberikan penghargaan kepada pelajar-pelajar cemerlang tetapi juga kepada pelajar yang menunjukkan peningkatan atau kemajuan dalam pencapaian mereka.

    Majlis kemudian menyaksikan penyampaian anugerah akademik kepada para penerima yang disempurnakan oleh Awang Julaihi.

    Para pelajar yang menerima anugerah diharap akan terus berusaha ke arah kecemerlangan supaya akan menjadi bangsa yang dinamik, berpendidikan, berjaya, berguna, berdisiplin serta sentiasa melengkapkan diri mereka dengan ilmu dan kemahiran abad ke-21 supaya dapat menyumbang kepada kemajuan serta ekonomi negara bagi mencapai Wawasan Brunei 2035.

    Awang Mohd Azri menyampaikan ucapan alu-aluannya pada majlis itu. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    ATAS & BAWAH : Awang Julaihi menyampaikan anugerah akademik kepada pelajar yang diraikan pada majlis yang berlangsung di Auditorium Maktab SOAS, kelmarin. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    GAMBAR OLEH SIM Y. H.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...