Saturday, May 4, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Tortilla wrap ayam panggang

    Oleh Afiq Zainuddin –

    Tortilla wrap ayam panggang merupakan resipi yang ringkas dan mudah untuk disediakan.

    Ia sangat sesuai untuk dinikmati pada bila-bila masa terutama sekali untuk sarapan pagi atau makan malam.

    Kombinasi pelbagai bahan seperti intinya itulah yang membuatkan hidangan ini begitu mengenyangkan.

    Ia merupakan salah satu menu ala-ala restoran western yang premium dengan menggunakan bahan yang mudah untuk dipadankan bersama salad dan sayur-sayur dalam tortilla wrap.

    Hidangan ini juga seakan-akan seperti kebab yang mana hidangan ini juga menjadi makanan kegemaran tidak kira muda atau tua.

    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva

    BAHAN-BAHAN

    Bercerita secara ringkas antara bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat wrap ayam panggang terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu bahagian untuk wrap adalah seperti roti tortilla dan juga mayonis.

    Manakala bahan untuk ayam panggang adalah seperti ayam, satu sudu kecil serbuk lada hitam dan kisar sehingga kasar, kemudian satu biji bawang putih yang di parut halus hingga menjadi pes, setengah sudu kecil garam halus dan dua sudu besar minyak zaitun.

    Kemudian bahan untuk salad adalah seperti kubis ungu yang dihiris sederhana nipis, selepas itu daun salad yang dihiris sederhana kecil, ceri tomato yang dibelah dua, lobak yang diparut kasar dan setengah batang timun.

    Bahan untuk kuah salad pula adalah seperti tiga sudu besar minyak zaitun, tiga besar madu, tiga sudu besar perahan jus lemon, secubit garam dan sedikit serbuk kasar lada hitam.

    CARA PENYEDIAAN

    Cara-cara untuk menyediakan ayam panggang ialah mula-mula belah dua dada ayam dan buka lebar, tetapi pastikan ia tidak terputus dua, seterusnya perap ayam bersama lada hitam, bawang putih, garam dan minyak zaitun minimum selama setengah jam.

    Kemudian panggang dengan sedikit minyak di atas kuali anti lekat pada kedua belah bahagian ayam sehingga masak.

    Setelah itu angkat dan rehatkan selama 10 minit kemudian hiris hingga nipis.

    Seterusnya cara-cara untuk menyediakan salad, mula-mula gaulkan semua daun salad bersama sayuran lain dan ketepikan.

    Akan tetapi rendam dahulu semua sayuran dan salad di dalam air ais selama 15 hingga 20 minit sebelum dikeringkan air menggunakan tisu dapur atau salad spinner.

    Ini adalah untuk mendapatkan salad yang segar dan rangup.

    Kemudian dalam botol kecil, masukkan semua bahan untuk kuah salad dan goncangkan selama beberapa minit sehingga betul-betul sebati.

    Gaulkan kuah salad bersama bahan salad kemudian tuang sedikit dahulu, namun jika kering tambahkan sedikit demi sedikit.

    Manakala cara untuk membuat balutan salad (tortilla wrap), mula-mula panaskan roti tortilla di atas kuali anti lekat dalam dua hingga tiga minit setiap bahagian.

    Selepas itu sudukan salad ke atas tortilla dan susun memanjang. Letakkan ayam dan mayonis kemudian balut atau gulung dengan kemas.

    Selepas itu ia pun sedia untuk dihidang. Selamat mencuba.

    Bahan-bahan:

    • Bahan untuk wrap:
    o 6 keping roti tortilla
    o Mayonis

    • Bahan untuk ayam panggang:
    o 2 keping ayam bahagian dada
    o 1 sudu kecil serbuk lada hitam, kisar kasar
    o 1 biji bawang putih, parut halus menjadi pes
    o 1/2 sudu kecil garam halus
    o 2 sudu besar minyak zaitun

    • Bahan untuk salad:
    o Kubis ungu, hiris sederhana nipis
    o Daun salad, hiris sederhana kecil
    o Ceri tomato, dibelah dua
    o Lobak, diparut kasar
    o 1/2 batang timun

    • Bahan untuk kuah salad:
    o 3 sudu besar minyak zaitun
    o 3 besar madu
    o 3 sudu besar perahan jus lemon
    o Secubit garam
    o Sedikit serbuk kasar lada hitam

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Permintaan penyaman udara melonjak di Asia

    HONG KONG, 3 MEI - Gelombang haba melampau membelenggu sebahagian Asia, sekali gus membantu menjana permintaan yang meningkat terhadap pilihan penyejukan, termasuk penyaman udara. Unit...