Wednesday, May 1, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Pelaksanaan penuh DLP perlu ambil kira beberapa perkara

    KOTA KINABALU, 17 APRIL – Ada beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum program dwibahasa atau Dual Language Programme (DLP) dapat dilaksanakan sepenuhnya di sekolah-sekolah di Sabah, kata Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Raisin Saidin.

    Bagaimanapun, beliau berkata negeri Sabah akur dengan pelaksanaan program itu dan telah mengorak langkah memperhalusinya, supaya ia memberi kesan positif untuk sektor pendidikan negeri.

    “Kita perlu pastikan program berkenaan berjaya dilaksanakan dalam tempoh enam tahun tanpa henti dan kita memerlukan guru-guru yang mahir dalam bahasa Inggeris, ini perkara yang saya lihat perlu diberi perhatian,” katanya.

    Bercakap kepada pemberita ketika ditemui selepas Program Jelajah Madani Landskap Baharu Pendidikan Sabah 2024 peringkat Zon 1 di sini hari ini, beliau berkata pelaksanaan DLP sepenuhnya di Sabah perlu mengambil kira pelbagai sudut, termasuk penerimaan dan kesediaan murid itu sendiri.

    Raisin berkata pihaknya memang amat menggalakkan agar setiap sekolah di Sabah memilih sekolah untuk melaksanakan DLP, dan pada dasarnya pemilihan sekolah-sekolah berkenaan bermula dengan permintaan daripada sekolah itu sendiri jabatan pendidikan.

    Beliau berkata Jabatan Pendidikan Negeri Sabah komited mewujudkan landskap baharu pendidikan dengan memastikan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti sebagai matlamat utama dalam kerja buat warga pendidikan di setiap peringkat. – Bernama

    Foto bertarikh 15 Mac menunjukkan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kinarut Papar hadir ke sekolah. Raisi berkata beberapa perkara perlu diambil kira sebelum DLP dapat dilaksanakan sepenuhnya. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka tambah 49 zon pelancongan

    COLOMBO, 30 APRIL - Kerajaan Sri Lanka merancang untuk menambah 49 lokasi tambahan sebagai zon pelancongan rasmi, kata Menteri Pelancongan, Diana Gamage di sini...