Tuesday, April 30, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Sherry Ibrahim seronok cuba kerjaya baharu

    Pelakon Sherry Ibrahim tidak menyangka menerima respons positif daripada orang ramai selepas memaklumkan dia kini merupakan seorang perancang takaful.

    Sherry atau Syarizad Ibrahim, 41, berkata dia mengambil masa yang agak lama sebelum membuat keputusan menceburi bidang kewangan itu.

    Kata Sherry, asbab doa daripada keluarga dan sahabat membuatkan dirinya tekad untuk meneruskan kerjaya baharu ini.

    “Terima kasih terhadap semua maklum balas yang saya terima melalui DM, pesanan mesej.

    Saya tak sangka feedback yang diterima sangat positif kerana secara jujurnya saya mengambil masa untuk membuat keputusan ini.

    Sherry kini merupakan perancang takaful. – mStar

    “Mungkin di atas doa dan sokongan ibu bapa dan sahabat-sahabat saya, saya tak sangka,” katanya.

    Menurut mStar, Sherry berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instastory miliknya.

    Dalam pada itu, Sherry memberitahu dia tidak akan meninggalkan industri hiburan dan tetap meneruskan kerjaya sebagai seorang pelakon.

    “Tetapi ini tidak bermakna saya akan memperlahankan kerjaya dalam bidang hiburan.

    “Saya masih lagi menerima tawaran. Ada juga drama yang belum ditayangkan.

    “Tolong doakan saya okay. Saya tidak mahu nanti korang (peminat) rindu pula nak tengok saya berlakon. Ada sahaja jangan risau, saya masih lagi aktif,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun nafi akan berundur atas kekalahan partinya dalam pilihan raya...

    TOKYO, 30 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata pada hari ini kekalahan besar parti pemerintahnya dalam pilihan raya kecil hujung minggu lalu...