Monday, March 17, 2025
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelan Brexit dibentang ‘tidak lama lagi’ – UK

    MANCHESTER, UNITED KINGDOM, 1 OKT – Britain akan mengemukakan cadangan baharu kepada EU untuk perjanjian Brexit ‘tidak lama lagi,’ kata Perdana Menteri Boris Johnson hari ini, tetapi menolak laporan mengatakan ia akan melihat pos kastam di sempadan Ireland.

    Dengan 30 hari tinggal sehingga Britain dijangka meninggalkan Kesatuan Eropah pada 31 Oktober, Johnson sedang bergegas untuk mencapai satu perjanjian untuk mengelak satu lagi penangguhan.

    Namun pemimpin blok telah mengadu mereka masih belum melihat satu alternatif konkrit kepada perjanjian sekarang, dan masa sudah kesuntukan.

    “Kami akan membuat satu tawaran yang amat baik. Kami akan membentangnya tidak lama lagi,” beritahu Johnson kepada televisyen BBC dari Manchester, di mana persidangan parti Konservatif beliau sedang berlangsung.

    Beliau enggan memberikan butiran lanjut tetapi laporan media berkata mereka mungkin memberikan cadangan pada Khamis.

    Johnson berusaha untuk berunding semula syarat-syarat perjanjian yang dicapai oleh pemimpin sebelum beliau Theresa May pada tahun lalu tetapi ditolak tiga kali oleh parlimen Britain.

    Beliau sedang menumpu pada elemen paling kontroversi, pelan ‘backstop’ untuk mengekalkan Britain tertakluk kepada peraturan kastam EU yang membenarkan barangan bergerak secara bebas di antara Northern Ireland dan anggota EU Ireland selepas Brexit. – AFP

    Perdana Menteri Britain Boris Johnson (kiri) kembali ke hotel selepas mengadakan temu bual media sebelum persidangan Parti Konservatif hari ketiga di Manchester, England, kelmarin. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda