Friday, November 15, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelancong AS ditahan, rosakkan kuil di Tokyo

    TOKYO, 14 NOV – Seorang pelancong Amerika berusia 65 tahun telah ditahan kerana didakwa mencoret huruf pada pintu kayu tradisional di sebuah kuil di Tokyo, kata pihak polis hari ini, dalam satu lagi contoh kelakuan buruk pengunjung yang kembali membanjiri Jepun selepas pandemik.

    Pengembara tersebut dilaporkan menggunakan kukunya untuk mencakar salah satu tiang pintu sebagai satu bentuk gurauan di Meiji Jingu, salah satu kuil terkenal di ibu negara.

    Jurucakap polis memberitahu AFP bahawa lelaki itu ditahan kelmarin atas dakwaan merosakkan harta benda di kompleks kuil di pusat bandar.

    Insiden tersebut berlaku selepas seorang wanita dari Chile menerima kecaman dalam talian bulan lepas kerana memuat naik klip dirinya melakukan senaman pull-up pada pintu merah di sebuah kuil Jepun yang lain.

    Pempengaruh kecergasan itu, yang mempunyai 139,000 pengikut di Instagram, kemudian memuat naik video permohonan maaf di platform tersebut, dengan mengatakan ia “bukan niat saya untuk menunjukkan rasa tidak hormat.”

    Jumlah pelancong yang belum pernah terjadi sebelumnya kini membanjiri Jepun, yang menyasarkan untuk menyambut 60 juta pelawat setahun menjelang 2030, hampir dua kali ganda rekod sepanjang tahun 2019. – AFP

    Orang ramai berjalan melepasi pintu gerbang Torii di kuil Meiji di Tokyo, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda