Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pelanggan bertuah Takaful Brunei menang $20,000

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JAN – Kempen Lakastah Manang Bersama! 2023 anjuran Takaful Brunei telah melabuhkan tirainya dengan majlis cabutan dwi-bulanan terakhir dan penyampaian hadiah yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, kelmarin.

    Lima orang pelanggan Takaful Brunei yang bertuah telah menerima ganjaran wang tunai bagi penyertaan mereka dalam produk Takaful Brunei Am (TBA) dan Takaful Brunei Keluarga (TBK) pada tahun lalu.

    Para pemenang terdiri daripada Dayang Masliana binti Haji Masli yang membawa pulang wang tunai $20,000 bersama 250,000 Takaful Points bernilai $250; Haji Mohammad Shahreen bin DP Haji Hamzah dan Awang Azrin Ismail bin Haji Jumat masing-masing memenangi $3,000 bersama 100,000 Takaful Points bernilai $100; Awang Hamydon bin Haji Ibrahim telah memenangi $1,000 bersama 100,000 Takaful Points bernilai $100; dan Awang Muhammad Amir Firdaus bin Abdullah pula menerima $1,000 Takaful Points bernilai $100.

    Hadir bagi menyempurnakan penyampaian hadiah ialah Ketua Pegawai Perkhidmatan Korporat Takaful Brunei, Pengiran Haji Mohd Suffri bin Pengiran Hashim.

    Dengan penutupan kempen 2023 berkenaan, Takaful Brunei memperkenalkan Bersama Takaful yang merupakan program ganjaran eksklusif di mana para pelanggan boleh memperoleh Takaful Points, meningkatkan tahap, membuka kunci manfaat eksklusif dan menebus tawaran serta barangan yang menakjubkan melalui katalog merchants yang pelbagai dalam aplikasi Takaful Brunei Mobile.

    Orang ramai boleh mendaftar untuk program ganjaran Takaful Brunei secara percuma dengan memuat turun aplikasi berkenaan.

    Gambar ramai para pemenang cabutan bertuah promosi Lakastah Manang Bersama! 2023, kelmarin. – GAMBAR SERAHAN TAKAFUL BRUNEI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...