Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JAN – Awang Hasrul bin Haji Damit memandu pulang kereta Toyota Fortuner setelah terpilih sebagai pemenang utama Promosi Ulang Tahun Pertama Takaful Brunei Mobile 2021.
Sementara itu, Dayang Rosita binti Idris membawa pulang hadiah pertama berupa wang tunai $5,000, manakala tempat kedua dimenangi oleh Yong Pian Huat yang menerima wang tunai $2,500 manakala itu, Dayangku Mas Juleana binti Pengiran Abdul Rahman di tempat ketiga dengan memenangi wang tunai $1,000.
Sementara itu, tujuh pemenang bertuah lainnya menerima hadiah sagu hati berupa wang tunai berjumlah $500 setiap seorang.
Majlis penyampaian hadiah telah berlangsung di Indera Samudera Hall, The Empire Brunei, hari ini, di mana hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Pengarah Urusan Takaful Brunei Darussalam; Ketua Pegawai Eksekutif, Haji Shahrildin bin Pehin Dato Haji Jaya.
Semasa ditemui pada majlis tersebut, Awang Hasrul berkata bahawa beliau telah menyokong produk Takaful Brunei sejak lebih 20 tahun yang lalu. Terkini beliau telah mengambil produk perlindungan insurans di Takaful Brunei bagi kenderaannya.
Dengan adanya promosi-promosi daripada Takaful Brunei, ia dapat memberi tarikan kepada keluarga dan rakan-rakan lainnya bagi menyertai serta mengambil produk Takaful Brunei, tambah Awang Hasrul.
Promosi berkenaan telah diadakan dari Julai hingga Disember lalu bagi para pelanggan Takaful Brunei yang menyertai mana-mana produk Takaful Brunei melalui aplikasi Takaful Brunei Mobile selain penyertaan melalui Pusat Panggilan TBA.