RIO DE JANEIRO, 22 JULAI – Legenda Brazil, Pele memuji Marta sebagai ‘pemain bola sepak yang luar biasa’ dan mencetus ‘inspirasi’ selepas dia menjaringkan gol dalam penampilan kelima di Sukan Olimpik, semalam.
Pemain berusia 35 tahun itu menjaringkan dua gol dalam perlawanan pembukaan saingan bola sepak wanita Olimpik Tokyo apabila Brazil membelasah China 5-0.
“Saya harap anda bermimpi mengenai apa yang ada lakukan beberapa jam lalu. Bercakap mengenai, berapa banyak impian yang anda fikir memberikan inspirasi hari ini?” catat Pele di Instagram.
“Kejayaan anda bermakna lebih daripada rekod peribadi. Detik ini menjadi inspirasi buat jutaan atlet daripada beberapa sukan lain, dari seluruh dunia, yang berjuang untuk mendapatkan pengiktirafan.
“Tahniah di atas kejayaan anda. Tahniah, anda pemain bola sepak luar biasa. Anda membantu membina dunia yang lebih baik dengan bakat anda, di mana pemain wanita semakin mendapat perhatian.”
Pele menang tiga Piala Dunia bersama Brazil pada 1958, 1962 dan 1970.
Sama seperti Pele, Marta memakai jersi nombor ikonik negaranya iaitu 10. – AFP
