Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JUN – Armada Properties Sdn Bhd (Armada), sebuah syarikat pengurusan hartanah terkemuka, bekerjasama dengan JobCentre Brunei dalam kempen pengambilan untuk mengisi beberapa kekosongan berkaitan operasi.
Kempen berkenaan akan berlangsung pada 19 Jun, dari 9 pagi hingga 5:30 petang, di Auditorium JobCentre Brunei.
Sesi pagi akan dimulakan dengan pengenalan kepada Armada, memberikan individu yang berminat dengan pandangan berharga tentang misi, visi, nilai dan perkhidmatan yang ditawarkan syarikat.
Turut dijelaskan adalah gambaran keseluruhan beberapa projek yang sedang dijalankan oleh Armada, yang mempamerkan peluang untuk pertumbuhan dan pembangunan yang tersedia dalam organisasi.
Pasukan pengambilan Armada juga akan mengendalikan klinik CV dan temu duga pada sebelah petang, menawarkan peluang kepada peserta untuk menambah baik CV mereka dan mendapatkan nasihat berguna untuk temu duga.
Individu yang berminat digalakkan untuk menghadirinya dan mengambil peluang bagi berinteraksi dengan wakil Armada untuk mengetahui lebih lanjut tentang organisasi, dan meneroka laluan kerjaya yang berpotensi dalam syarikat.
Bag menyertai klinik CV dan temu duga, pemohon dinasihatkan untuk membawa CV yang dikemas kini dan sebarang dokumen sokongan yang menonjolkan kelayakan dan pengalaman mereka.