Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Peluang United bermain di UCL semakin tipis

    BOURNEMOUTH, 14 APRIL – Peluang Manchester United untuk beraksi di Liga Juara-Juara musim depan semakin tipis apabila dua gol dari Bruno Fernandes hanya mampu mencatatkan keputusan seri 2-2 melawan Bournemouth, kelmarin.

    Bournemouth mendahului perlawanan dua kali melalui Dominic Solanke dan Justin Kluivert dan Bournemouth dihalang daripada memenangi permainan pada minit terakhir selepas keputusan kontroversi VAR memberikan sepakan penalti kepada pasukan tuan rumah.

    Satu mata yang diperoleh United itu tidak membantu mereka melonjakkan kedudukan dan kini masih ketinggalan 10 mata di belakang Aston Villa dan Tottenham dalam pemburuan empat tempat teratas dengan saingan berbaki enam perlawanan lagi.

    The Red Devils kini hanya menang sekali dalam tujuh perlawanan liga terakhir mereka, mencetus persoalan masa depan Erik ten Hag sebagai pengendali United musim depan.

    “Kami perlu menang dalam perlawanan kami dan sudah melepaskan terlalu banyak mata dalam beberapa perlawanan terakhir,” kata Ten Hag.

    “Lawan bergelut kerana mereka memberikan begitu banyak tenaga pada separuh masa pertama dan terdapat begitu banyak jurang tetapi kami tidak mendapat manfaat daripadanya.”

    Sekali lagi, kelemahan pertahanan United yang dieksploitasi ketika Bournemouth hampir berjaya meraih kejayaan berganda selepas menang 3-0 di Old Trafford awal musim ini.

    Pemain remaja Perancis, Willy Kambwala mengekalkan tempatnya sebagai bek tengah dengan Raphael Varane, Lisandro Martinez dan Victor Lindelof antara yang pemain yang tidak diturunkan kerana kecederaan.

    Tetapi Kambwala mengharungi saat yang perlu dilupakan kerana melakukan kesilapan selepas tergelincir hingga membolehkan Solanke melakukan percubaan dan meledak gol ke-19nya musim ini. – AFP

    Fernandes mengawal bola semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Bournemouth dan Manchester United. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...