Friday, September 20, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelumba bot laju negara cemerlang di Pesta Tatau

    Oleh Daniel Lim – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 SEPT – Pelumba bot laju negara, Abdul Muhaimin bin Armaini mencatat kejayaan cemerlang dengan meraih tiga tempat di podium dalam Perlumbaan Bot Laju dan Perahu Kayuh sempena Pesta Tatau Antarabangsa yang diadakan pada 7 dan 8 September lalu.

    Abdul Muhaimin yang mewakili pasukan Koming di bawah Persatuan Bot Laju Negara Brunei Darussalam (PBLBD), menyertai tiga kategori.

    Beliau berjaya muncul juara dalam Kategori 40hp serta menduduki tempat kedua bagi Kategori 30hp 3 Piston dan Kategori 30hp 2 Piston.

    Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pegawai Pentadbiran Daerah Tatau, Winnie Ak Dian, pada majlis penutup perlumbaan tersebut.

    Perlumbaan selama dua hari yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Tatau itu menyaksikan lebih 200 peserta bertanding dalam sembilan kategori, mencerminkan populariti sukan bot laju yang semakin meningkat di rantau tersebut.

    PBLBD kini bersiap sedia untuk menyertai Perlumbaan Bot Laju Kanowit 2024 yang dijadualkan berlangsung dari 20 hingga 22 September di Kanowit Waterfront.

    Abdul Muhaimin menerima hadiah atas kejayaannya dalam Perlumbaan Bot Laju dan Perahu Kayuh sempena Pesta Tatau Antarabangsa. – GAMBAR SERAHAN PBLBD
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda